Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

4 Cara Mudah Melegakan Sakit Kepala

Mengalami sakit kepala adalah amat menjengkelkan dan kadang-kadang ianya sukar bagi kita untuk mengelakkannya. Biasanya, apabila kita berada di bawah tekanan, sakit kepala akan muncul secara automatik. Jika ia menjadi lebih teruk, kita mungkin boleh jatuh pengsan akibat dari kesakitan yang dirasai.

Biasanya sakit kepala merupakan satu kesakitan yang ringan tetapi kadang-kadang bagi sesetengah yang lain, ia boleh menjadi kesakitan yang amat teruk juga. Selain dari di kepala, ia boleh menyerang di bahagian atas belakang atau tengkuk kita juga.

Terdapat pelbagai jenis sakit kepala, tetapi pada kebisaannya sakit kepala adalah disebabkan oleh tekanan, terlalu lama di depan komputer, bunyi bising dan sebagainya.

Salah satu punca utama sakit kepala adalah ketegangan dalam otot-otot leher, kulit kepala dan rahang. Biasanya kita oleh mengatasinyanya dengan tidur sebentar atau mengambil aspirin / panadol untuk melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun, bolehkah kita lakukannya di mana-mana sahaja?

Tentu sekali tidak.  Kita tentu tidak boleh tidur di pejabat atau pusat membeli-belah. Di samping itu, kita mungkin kehabisan aspirin / panadol bila sakit kepala menyerang dan pengambilan “drug” berlebihan adalah tidak baik untuk jangka masa panjang.

Jadi jangan risau! Rawatan tanpa ubat ada caranya. Cara yang paling mudah untuk menangani sakit kepala dan kita boleh melakukannya di mana-mana adalah melalui kaedah urutan. Urutan adalah amalan menggunakan tekanan atau getaran tisu- tisu lembut badan agar menyembuhkan kecederaan, melegakan tekanan psikologi, melegakan kesakitan, meningkatkan peredaran darah dan melegakan ketegangan.

Apabila kita mengalami sakit kepala, kita boleh bantu diri kita sendiri dengan melakukan urutan. Ianya amat mudah dan semua orang boleh melakukannya, sama ada di tempat kerja atau rumah.

Berikut adalah empat cara mudah urutan untuk menyembuhkan sakit kepala.

1. Urutan Mata –Tutup mata anda. Letakkan jari-jari tengah ke atas kawasan mata yang berada di atas tulang pipi. Urut kawasan itu perlahan-lahan dengan  pergerakan membulat selama 1 minit,

2. Urutan Mata ke Hidung – dengan menggunakan ibu jari, tekan di kawasan bawah kening (di sepanjang tulang soket mata). Cari di mana terdapat lelukan kecil tulang di antara mata dan tulang batang hidung. Tekan ibu jari anda ke dalam mata dengan tekanan yang lembut. Anda boleh melakukannya sebanyak empat kali dengan memegang dan menekan kawasan itu selama 10 saat di setiap kali.

3. Urutan di Tengkuk – Urut kawasan di sempadan tengkorak dan tengkuk terutama sekali di kawasan pangkal tengkorak dan puncak tengkuk. Urutan selama satu minit menggunakan jari dengan lembut dan dengan dengan gerakan membulat.

4. Urutan kulit kepala – Letakkan tapak tangan anda di tengah kepala dan urut perlahan-lahan selama seminit.

Sebaik sahaja anda siap melakukan semua urutan itu, sila mengambil satu nafas yang dalam. Angkat bahu anda ke atas selama 5 hingga 10 saat untuk meredakan kesakitan tersebut dan kemudian  jatuhkan bahu anda kembali ke bawah ke kedudukan asal.

Ia akan lebih berkesan dengan mengulangi kesemua itu untuk beberapa kali. 

Anda pasti akan merasa lebih lega sekarang dan sakit kepala anda akan rasa berkurangan.

Selamat mencuba sebelum mengambil ubat.  Ingat rawatan tanpa ubat adalah lebih baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Left Menu Icon
Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: