cropped-Slide1.png

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya yang bernama pena Hariz Hakim amat berbesar hati kerana setelah sekian lama berhasrat membina laman blog sebegini dan akhirnya, hasrat saya tercapai pada hari yang bersejarah ini.

Di blog ini, saya akan berkongsi seberapa banyak yang mungkin tips rawatan tanpa ubatan moden yang biasa yang mengandungi dadah atau “drug”.

Memang tidak dapat dinafikan pencapaian perubatan moden amat membanggakan dan telah berjaya merawat jutaan manusia di dunia ini.  Namun demikian, kita perlu ingat bahawa badan kita adalah doktor terbaik.  Jika kita hanya mengharapkan dadah di dalam ubatan tanpa badan memulih dan merawat dirinya, penyakit itu tidak akan hilang.  Simtom mungkin kelihatannya berkurang dengan ubatan moden tetapi sebenarnya badan kita tidak sembuh.

Contohnya penyakit yang saya alami sendiri iaitu psoriasis.  Ubat sapuan yang diberikan doktor kelihatan cepat berkesan menipiskan kulit yang mati agar kelihatan simtom berkurangan, tetapi sebenarnya tidak.  Sapuan berkenaan terpaksa diambil berterusan, jika tidak simtom kulit mati dan tebal itu akan kembali semula.

Begitu juga dengan ubat tekanan darah tinggi dan kencing manis.  Pesakit terpaksa mengambil ubatan dari farmasi sehingga akhir hayat agar simtom yang merbahaya itu dapat dikawal.  Jika badan kita dapatkan menyembuhkan penyakit ini, itu adalah sebenar-benar penyembuhan.

Esok saya akan kongsikan tips pertama saya bagaimana caranya untuk melegakan sakit kepala yang bukan kronik.  Jangan  terlepas…. Jumpa esok..

Share this:

Like this:

Like Memuat...
Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: