Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Remedi dari Herba Semulajadi Yang Mungkin Anda Sudah Tahu

Dari dulu lagi memang ramai pengkaji dah tahu khasiat herba-herba semulajadi ni.  Ada yang dari tamadun China, India, Nusantara dan malah orang Eropah pun juga ada banyak mengkaji.

Akhirnya, banyak remedi semulajadi yang telah diformulakan sama ada dalam bentuk kapsul, pil, minyak dan gel dan ia telah dikomersialkan.

Namum begitu, yang mudah-mudah kita tak payah beli.  Kita boleh je gunakan herba yang kita biasa gunakan di rumah.  Ini contohnya:

Halia boleh  mencegah mabuk laut dan merendahkan risiko darah beku.  Kalau lalu, kunyah je.  Nak buat air campur dengan madu pun terbaik.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi dan dapat merendahkan aras kolestrol.  Kalau lalu, kunyah je.  Kalau nak sedap sikit, goreng sekejap dan makan dengan nasi, memang terbaik.

Kayu manis boleh merendahkan gula dan kolestro dalam darah.  Yang ini, kita beli yang serbuk, campur dengan air suam dan minum, memang terbaik.

Pudina dapat merawat masalah berkenaan gastrik dan penghadaman.  Yang ini, kunyah pun sedap.  Nak lagi power, campur dengan air lemon ais.  Memang meleleh.

Chamomile boleh menenangkan kerisauan dan membantu mengelakkan masalah penghadaman.  Ini kita minum macam tehlah.  Agak sukar sikit untuk kita dapatkan di rumah ni tetapi kalau buat sendiri memang tenang fikiran beb..

Sebenarnya memang banyak penyelesaian masalah yang kita boleh buat sendiri.  Jadi anda boleh cuba sebab rawatan tanpa ubat adalah lebih baik.

**Jika anda telah mendapat rawatan dari doktor, jangan abaikan nasihat dan teruskan mengambil preskripsi seperti yang dinasihati**

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: