Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

5 Cara Mudah Menurunkan Paras Kolestrol Tanpa Ubat

Ada beberapa langkah macam mana nak turunkan kadar kolestrol ini. Tak perlu ambil ubat pun. Inilah dia rawatan tanpa ubat. Memang selalunya mengambil ubatan ni berkesan untuk menurunkan kolestrol tetapi ia ada masalah kesan sampingan tau. Lebih bahaya lagi kesan sampingannya adalah di mana akhirnya, tahap kolestrol tidak dapat dikawal lagi. Lama-kelamaan paras kolestrol yang tinggi ini menyebabkan pengerasan arteri, strok dan serangan jantung.

Berikut adalah 5 langkah yang anda perlu ambil untuk menurunkan paras kolestrol:

Makan secara betul – Bunyi macam senang, maksudnya dietlah!, Ambil diet yang rendah lemak dan rendah kolestrol adalah langkah pertama yang anda perlu ambil.

Bersenam – ia dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Bersenam sebenarnya tidak menurunkan paras kolestrol secara terus. Namun begitu, ia dapat memperkuatkan jantung dan sistem peredaran darah.

Berhenti merokok. Jika anda merokok, plak yang terbina di arteri yang disebabkan oleh kolestrol akan terbina dengan lebih cepat. Plak ini akan menghalang peredaran darah jadi otot-otot akan kekurangannn oksigen dan ia juga boleh menyebab serangan jantung. Jika arteri tersumbat sepenuhnya maka strok pula akan berlaku. Jadi berhentilah merokok!

Berehat dan bertenang. Jika anda secara berterusan berada di bawah tekanan (stress) dan disamping itu anda mengambil diet rendah kolestrol, anda mungkin tidak berjaya memperbaiki bacaan kolestrol anda sehinggalah anda tahu bagaimana nak meredakan tekanan berkenaan.

Berbincanglah dengan doktor. Tidak semua doktor akan mengesyorkan ubatan. Malah, ramai doktor yang menggalakkan anda melakukan ke semua langkah ini sebelum mengambil ubat-ubatan. Anda boleh berdiet dan bersenam di bawah penyelian doktor. Jika anda sedang mengambil ubatan, jangan terus berhenti tanpa berbincang dengan doktor.

Insyaallah, bacaan kolestrol anda akan menurun dalam masa beberapa minggu. Selamat mencuba dengan kaedah rawatan tanpa ubat.

Terima kasih.

Hariz Hakim

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Left Menu Icon
Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: