Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

4 Resepi Jus Detoks (Puasa Berjus)

Puasa berjus (berpuasa dengann hanya meminum jus) adalah cara yang popular dikala ini untuk membuang toksik dari badan. Sekarang dah ramai yang nak sihat dengan cara lazat dan menyeronokkan ni.
Bila toksik banyak di dalam badan, kita akan berasa lemah dan sistem pertahanan badan juga akan menyusut. Jadi, kita kena buang toksik ni semua. Salah satu caranya adalah dengan cara puasa berjus. Puasa berjus juga akan dapat membantu kita menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Bagi yang baru nak memulakannya, mulakan dengan 1 hari dahulu. Jangan terus kalut nak buat seminggu berterusan.
Bagi yang mempunyai diabetis, minta nasihat doktor terlebih dahulu kerana ada jenis buah yang mengandungi kandungan gula yang tinggi tidak sesuai untuk pengidap kencing manis.
Cuba tidak melakukannya lebih dari 3 hari berturut-turut.

Caranya amat mudah, hanya buah-buahan, sayur-sayuran dan mesin pembuat jus diperlukan.

Berikut adalah contoh resipi yang boleh memberi anda satu idea dari kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijadikan resipi puasa berjus.

Resipi 1: Combo jus sayur-sayuran

2 helai daun Swiss chard
Separuh potong ubi bit
2 ke 3 tangkai watercress
3 batang lobak merah
1 batang saderi

Basuh kesemuanya dengan air suling atau air bertapis, potong dan masukkan ke dalam pemerah jus untuk mendapatkan jus.

Resipi 2: Jus lobak merah dan epal

2-3 biji epal hijau
1 lobak merah
beberapa helai daun basil segar

Basuh kesemuanya dengan air yang ditapis atau suling, potong dan masukkan ke dalam pemerah jus untuk mendapatkan jus.

Resipi 3: Jus lobak merah dan sayuran

Segenggam daun dandelion
1 tangkai daun kale
4 lobak merah
Daun pudina, basil atau ketumbar segar

Basuh dengan air suling atau ditapis, potong dan masukkan ke dalam pemerah jus untuk mendapatkan jus.

Resipi 4: Jus peach

2-3 biji buah peach

Basuh dengan air suling atau ditapis, potong dan masukkan ke dalam pemerah jus untuk mendapatkan jus.

Terdapat banyak cara dan kombinasi lain lagi. Anda boleh juga mencipta sendiri
kombinasi unik resepi diet jus sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selamat mencuba..

HARIZ HAKIM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: