Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Kencing Manis, Kolestrol dan Darah Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang dikasihi.  Sudah beberapa siri saya tulis berkenaan proses kelegaan atau rawatan tanpa ubat yang saya percaya ada sesetengahnya anda pernah mengetahuinya.

“Ilmu pengetahuan adalah kuasa” – kata Mat Salleh.

Namun begitu jika kita tidak melaksanakan ilmu berkenaan ia hanyalah kuasa terpendam, tak dapat di keluarkan.  Jadi kebenarannya tidak dapat dibuktikan.  Kita lebih mudah mengambil ubat-ubatan moden kerana kita dapati hasilnya cepat menghentikan simtom penyakit.

Jangan salah sangka, ubat-ubatan moden adalah perlu juga agar simtom yang keterlaluan tidak menjadi penyebab kesakitan kita bertambah lalu produktiviti terjejas atau lebih buruk lagi ia boleh mengancam nyawa.

Seperti tajuk topik kita untuk siri kali ini, saya adalah dan sedang mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.  Dalam tahun  ini saya bertekad untuk bebas  dari 2 gejala ini dan menginginkan kesihatan yang lebih bermakna.

Dikala ini tekanan darah saya adalah amat membimbangkan. Hampir sepanjang masa bacaannya adalah 160/100 dan kalang kala lebih tinggi lagi.  Begitu juga dengan bacaan gula yang memang selalu melebihi 10.

Atas saranan seorang sahabat, saya sedang mencuba satu ubatan tradisional.  Jika ia berjaya memulihkan tekanan darah dan gula, saya akan kongsikannya bersama anda semua.

Salam sihat semua.  Jumpa lagi esok.

– HARIZ HAKIM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: