Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Apa itu kolostrum?

Assalamualaikum dan salam sejah untuk sekalian pembaca dan pelanggan blog ini.  Topik kali ini adalah mengenai kolostrum atau susu awal mamalia dalam bahasa Melayu.  Saya tertarik untuk menulis mengenai kolostrum setelah mengetahui  khasiatnya yang dapat menguatkan antibodi, bukan sahaja anak mamalia, malah yang lebih penting lagi adalah untuk menguatkan antibodi manusia.

Berikut adalah definasi kolostrum mengikut Wikipedia:

Kolostrum

Kolostrum adalah bentuk susu yang pertama dihasilkan oleh kelenjar mammary mamalia sebaik sahaja anaknya dilahirkan. Kebanyakan spesies akan menghasilkan kolostrum sebelum memberi kelahiran. Kolostrum mengandungi antibodi untuk melindungi anak yang baru lahir dalam menentang penyakit. Secara umumnya, kepekatan protein dalam kolostrum adalah lebih tinggi berbanding dalam susu. Kepekatan lemak adalah tinggi dalam kolostrum daripada susu dalam sebilangan spesies, contohnya kambing biri-biri dan kuda, tetapi lebih rendah dalam kolostrum daripada susu dalam beberapa spesies lain, misalnya unta dan manusia. 

Jadi kita telah ketahui yang kolostrum dapat meningkatkan antibodi haiwan dan manusia.  Kita juga ketahui bahawa banyak penyakit yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh antibodi yang lemah.  Jadi, jika kita dapat memperkuatkan antibodi kita, insyaalah banyak penyakit yang kita dapat jauhi.

Mari kita berkenalan dengan kolostrum dan apakah penyakit ang dapat diatasinya di pertemuan kita yang akan datang.  Sebelum berpisah, saya doakan agar kita semua sihat-sihat selalu agar dapat mengecapi kualiti hidup yang lebih baik.

Yang Benar,
Hariz Hakim

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Left Menu Icon
Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: