Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Kenapa kandungan gula dalam darah yang tinggi adalah merbahaya?


Click Here!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Posting kali ini tiada kena mengena dengan rawatan atau penyembuhan.  Ia adalah pengetahuan umum berkenaan dengan penyakit kencing manis dan kenapa kita perlu mengawalnya.

Penyakit kencing manis berlaku ke atas seseorang pesakit itu apabila kandungan glukosa dalam darah yang tinggi menyebabkan kerosakan kepada saluran darah. Ini bermakna bahawa organ-organ penting dan saraf mungkin tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi kerana saluran darah ini amat penting untuk memberikan nutrien dan oksigen. Tahap gula dalam darah yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang itu boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dan saraf.

Jadi dengan mengawal paras gula dalam darah anda, ia akan membantu anda mengelakkan komplikasi seperti:

1. Serangan jantung

2. Angin ahmar

3. Rabun dan buta

4. Penyakit buah pinggang

5. Masalah saraf

6. Edaran darah tersekat di kaki

7. Gangrene

8. Pemotongan kaki

Bayangkan berapa banyak komplikasi kesihatan dapat di atasi hanya dengan mengawal paras gula di dalam darah kita.  Oleh itu, pengawalan gula adalah amat-amat penting.

Berikut adalah cara untuk mengawal kandungan gula (glukos) dalam darah.

1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohirat. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet anda.

2. Kurangkan berat badan terutamanya dengan cara mengurangkan lemak di bahagian perut.

3. Kerap melakukan senaman.

4. Tidur dan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 6 jam semalam.

5. Kawal emosi dan lakukan pengurusan stress yang baik.

Semoga anda berjaya mengawal gula dalam darah anda dengan menggunakan tips di atas. Kekal sihat, kekal cergas.

YANG BENAR,

HARIZ HAKIM


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥
%d bloggers like this: