fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT

Kita kena sangat berhati-hati apabila menggunakan ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.

Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.

Lebih-lebih lagi pesakit migraine, gout dan arthritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan sakit-sakit badan. Pil-pil ini memberikan kelegaan setelah diambil beberapa minit saja. Walau bagaimanapun, ubat-ubat tahan sakit ini boleh memberikan kemudaratan pada perut.

Pada peringkat awal ia akan menyebabkan individu tersebut akan berasa kurang selesa, dan kembung perut. Lama kelamaan lapisan dalam perut menjadi bengkak (gastritis), kemudian menjadi luka (gastric ulcer) yang boleh menyebabkan pendarahan sehingga muntah darah. Walaupun ubat tahan sakit diberikan secara suntikan dan tidak memasuki perut, ia boleh menyebabkan masalah yang sama terutama wargatua yang berumur 60 tahun ke atas.

Ramai pesakit yang masih muda mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana mengambil dan memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal atau mengambil ubat-ubat yang dibeli dari kedai-kedai jamu yang mengandungi racun terkawal.

Ini kerana ubat penahan sakit terutamanya jenis NSAIDs menyebabkan saluran darah menjadi kecut dan ini menyebabkan pengaliran darah yang berkurangan ke buah pinggang.

Saya menasihatkan agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan ubat tahan sakit supaya tidak menggunakannnya secara berlebihan.

Banyak ketika, kesakitan itu dapat dikawal hanya dengan menguatkan imuniti badan kita sahaja. Kekuatan imuniti badan sebenarnya adalah kunci untuk menangkis dan mengelakkan badan kita terkena banyak jenis penyakit.

Adakah imuniti badan kita cukup kuat?

Imuniti badan dapat dipertingkatkan dengan pengamalan hidup yang sihat, jadual makan dan rehat yang betul, bersenam dan mengambil makanan yang dapat menguatkan imuniti badan kita seperti Susu yang kaya dengan kandungan Immunoglobulin (IgG).

Susu Awal Lembu yang mempunyai bacaan IgG melebihi 2% setiap sajian terbukti mampu memberikan peningkatan positif terhadap imuniti badan seorang dewasa yang normal.

Iktiar sebelum sakit, mencegah sebelum terkena, menjaga sebelum terpaksa dijagai orang.

#HafizHiew
#fenomenaC2Joy
#C2Joy
#TDC

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: