fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

ANTARA MADU DAN SUSU

Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69).

Dalam hadis Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi susu dan satu bekas lagi berisi madu. Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata; “Engkau dan umatmu telah menemui fitrah” (Soheh al-Bukhari; 5610).

Dalam riwayat lain diceritakan; “Nabi SAW minum sedikit dari bekas berisi madu dan minum hingga puas dari bekas berisi susu. Adapun bekas berisi arak baginda tidak minum darinya sedikitpun” (Fathul Bari; 8/648).

Para ulamak mengulas; hadis ini menunjukkan kelebihan susu dari semua jenis minuman/makanan yang lain, tambahan pula Nabi SAW bersabda; “Tidak ada makanan atau minuman yang dapat memenuhi keperluan manusia yang setanding dengan susu” (Jami’ at-Tirmizi; 3455, hasan).

Susu lebih murah dan lebih senang didapati, maka dapat dinikmati semua orang, berbanding madu yang susah dan mahal, hanya orang tertentu sahaja dapat menikmatinya. itulah kurniaan Ilahi untuk hambanya.

#RawatanTanpaUbat

#C2JoyBoleh

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: