fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Nasihat Ustaz Ahmad Dasuki

*Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur*
*50-an, 60-an, 70-an*

*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat ke 2*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ke 3*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat ke 4*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat ke 5*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat ke 6*
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ke 7*
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat ke 8*
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat ke 9*
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat ke 10*
Bersedekah, berzakat dan berinfaq lah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله

*Nasihat ke 11*
Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingat lah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada maknanya jua.

#C2JoyBoleh

#RawatanTanpaUbat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: