fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Kena berani gagal untuk berjaya

Di dunia sebenar, yang paling berjaya juga yang paling banyak lakukan kesilapan tetapi mereka belajar dan berubah.

Berbeza dengan di sekolah, di mana yang paling berjaya tidak pernah atau jarang buat salah.

Namun, sikap takut salah dan takut silap itu yang terbawa-bawa dari sekolah masuk ke dunia sebenar.

Sebab itu kenapa ramai masih belum berjaya.

Mereka takut silap.
Mereka takut gagal.
Mereka takut ubah.
Mereka takut rugi.

Orang yang berjaya, mereka selalu silap, selalu gagal, selalu rugi, namun mereka belajar, mereka ubah, mereka memperbaiki dan bangkit setiap kali mereka gagal, dan mereka istiqamah dalam terus usaha mencuba, sehingga mereka berjaya, mereka masih teruskan berusaha.

Sebab itu dalam fikiran ramai orang sekitar, saya ini selalu gagal namun masih berteruskan, saya ini selalu silap tapi masih bangkit dan mencuba, saya ini gagal 10 kali tapi masih usaha buat kali ke 11 lagi.

Ramai cakap saya gila.
Lagi ramai cakap saya bodoh.

Namun, my goal is clear, my mind is focus, my soul is clean.

Fokus saya nyata. Target saya jelas.

Saya tahu kalau saya tidak memilih untuk berjaya, maka pilihan yang satu lagi adalah gagal;
Saya sedar kalau saya tidak usaha semati-matinya untuk kaya, maka pilihan yang satu lagi adalah miskin.

Jadi saya tahu saya tiada pilihan sebenarnya, sesungguhnya jika saya tidak memilih syurga, maka neraka adalah pilihan satu lagi.

Saya mesti berjaya.

Anda bagaimana?

#HafizHiew
#C2JoyBoleh
#RawatanTanpaUbat

Hafiz Hiew adalah Presiden Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: