fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Hati-hati HELAH SESETENGAH AFFLIATE & NETWORK MARKETING

Dalam buku Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (multi-Level Marketing) Menurut Syariah terbitan JAKIM pada 2013, di bawah tajuk “Yuran Keahlian Pada Kadar Minimum”, ia mengatakan…

“(d) Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos starter kit atau business tools dan seumpamanya adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi’ah, iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secara tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh.”

Realitinya, banyak network dan affliate marketing terlibat dengan riba ini.

Mereka caj yuran keahlian yang tinggi dan mereka mendapat imbuhan daripada sebahagian besar daripada yuran ahli baru bermula dari 25% dan kadang2 sehingga 90% daripada yuran.

Walaupun ada produk, fokus tiada lagi kepada penjualan produk. Fokus adalah kepada mendapat ahli baru sahaja sebab selalunya penjualan produk adalah lebih rumit dan untuk mendapat keuntungan yang banyak adalah lambat..

Produk bergerak dengan sedikit sahaja dan selalunya produk merupakan helah atau topeng kepada skim money game atau skim piramid.

Lebih-lebih lagi dalam era media social sekaran ini, affliate dan network marketing merebak dengan begitu cepat sekali.

Bagaimana yuran keahlian contohnya sebanyak RM200 boleh menjadi riba seperti dalam garis panduan JAKIM tadi?

Wang adalah barang ribawi, pertukarannya harus sama dan in the spot (lani atau tanpa tangguh).

Apabila fokus pelan pemasaran ialah untuk mendapat imbuhan daripada yuran ahli baru, maka dengan sendirinya ia menjadi akad pertukaran wang (melalui imbalan kerana dapat ahli baru) dan tertakluk kepada akad bai’ as-sarf.

Maka apabila ahli mendapat imbuhan yuran ahli baru lebih daripada daripada RM200 dan bukan secara lani, maka yang selebihnya ialah riba. Sebab akad sebenarnya ialah akad pertukaran wang.

Macam mana nak tahu sesuatu pelan pemasaran itu MLM atau tidak?

Mudah saja… apabila seseorang ahli itu mendapat imbuhan daipada jualan kumpulan atau level di bawahnya, maka itu adalah sebuah MLM.

Fokus dalam ekonomi Islam adalah untuk menggerakkan produk dalam pasaran dan memberi imbuhan kepada sesiapa yang menjana produk dan kepada mereka yang menjualnya.

Mendapat imbuhan hanya dari yuran ahli akan merosakkan ekonomi dan meningkatkan kadar inflasi secara mendadak sebab ramai yang mendapat wang tanpa menjual produk dan tanpa memberi nilai langsung kepada ekonomi.

Perniagaan susu C2joy adalah mematuhi segala syarat AJL dan buku Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat oleh Jakim.



Semoga bermanafaat.

Wallahu’alam.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…

#BuyHalalOnly #BHO

#C2JoyBoleh #RawatanTanpaUbat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: