fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Sampai bila nak makan gaji?

Secara jujurnya, saya agak kurang selesa saat ada orang menyoal perkara ini kepada orang lain. Sesungguhnya bukan semua orang Allah letakkan mereka sebagai peniaga atau jadi usahawan. Ada orang Allah “takdirkan” jadi Cikgu, Ustaz, Pendidik, Pensyarah, ada orang Allah “takdirkan” jadi Peniaga, Usahawan, Penjual, ada orang Allah “takdirkan” jadi Akauntan, Peguam, Doktor, ada orang Allah “takdirkan” jadi Pelakon, Penyanyi, DJ. Setiap orang Allah sudah tetapkan bidangnya, minatnya, perjalanan hidupnya masing-masing. Allah telah takdirkan siapa yang usaha dengan cara yang betul dapat ganjaran, siapa yang belajar dengan cara betul dapat ilmunya. Belajar dengan cara betul di bidang ilmu Perubatan “takdirkan” Anda menjadi doktor. Belajar dengan cara betul di bidang ilmu Agama “takdirkan” Anda menjadi Ustaz. Belajar dengan cara betul di bidang ilmu Perniagaan “takdirkan” Anda menjadi Usahawan. Orang yang soal “Sampai bila nak makan gaji?” ini, rata-rata hanya pandang pada pendapatan dan gaji, tetapi bukan tanggungjawab, sumbangan malah pahala sesuatu pekerjaan itu. Seorang Cikgu sumbangannya adalah ilmu kepada Masyarakat, salah satu daripada Amalan yang masih kekal walaupun sudah meninggal dunia; Seorang Doktor sumbangannya (asbab) adalah kesihatan kepada Masyarakat, salah satu pahala cukup besar pada zaman “Sakit Empat Lima Serangkai” ini; Malah seorang Cleaner sama sekali pun boleh menyumbang kebersihan kepada Masyarakat, sesungguhnya Kebersihan itu separuh daripada iman, dan pasti mereka mendapat pahalanya dan syurganya, InshaaAllah dengan Redha dan Rahmat Allah. Kenapa nak jadi Usahawan? Sebab Pendapatan lebih besar? Maka fikiran begitu DITAKDIRKAN anda tidak berkat dalam kehidupan dan membawa anda ke neraka. Kenapa Anda nak jadi Usahawan? Kenapa? Untuk apa? Semoga bermanfaat.

#HafizHiew
#TDC
#C2Joy
#fenomenac2joy
#C2JoyBoleh
#RawatanTanpaUbat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: