fbpx

Rawatan Tanpa Ubat 💥C2JOY💥

Tips merawat penyakit atau kesakitan tanpa ubat-ubatan moden. C2joy adalah jawapan.

Susu Pra-campur VS Susu Asli

Alhamdulillah. Saya tiada masalah dgn protein susu lembu, susu kambing atau susu haiwan yg lain.

Ramai pakar pemakanan sekarang menyatakan terdapat manfaat yg besar bagi mereka yg mengamalkan susu asli, keju dan yogurt.

Walaupun kandungan kalorinya lebih tinggi, lemak sihat dalam susu asli segar tanpa campur benda lain menyebabkan seseorang itu rasa lebih puas ketika makan, cepat kenyang dan mengurangkan rasa untuk sentiasa mengunyah (snacking atau rasa nak selalu makan).

Bagi saya yg berdiet tidak terlalu ketat mengikut kalori, saya amalkan apa saja pemakanan yg natural.

Pengambilan lemak sihat juga mengurangkan penyerapan gula dari usus ke dalam darah, dan secara tidak langsung menstabilkan gula.

Dalam satu kajian yg diterbitkan dalam European Journal of Epidemiology pada tahun ini (2017) yg menganalisa 29 kajian sebelumnya terhadap kesan pengambilan produk susu segar (full-fat dairy) yg melibatkan sejuta orang mendapati pengambilan susu segar, keju dan yogurt tidak memberikan kesan terhadap masalah penyakit kardiovaskular, penyakit serangan sakit jantung ( coronary heart disease), atau kematian akibat penyakit2 tersebut.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad-

HafizHiew
fenomenaC2Joy
C2Joy
TDC

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Open chat
%d bloggers like this: